Pihak pengurusan bencana diarah siap siaga – Ahmad Zahid
CYBERJAYA – Semua pihak yang terlibat dalam pengurusan bencana diarahkan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh menjejaskan kehidupan rakyat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan itu dikeluarkan memandangkan negara berhadapan perubahan cuaca yang dinamik susulan peralihan monsun yang membawa kepada cuaca panas dan kering serta mengakibatkan jerebu di beberapa negeri.
“Saya ingin mengingatkan orang ramai terutamanya golongan yang berisiko diancam penyakit akibat jerebu agar sentiasa peka dengan keadaan semasa dan amaran yang dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkaitan,” kata Ahmad Zahid dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk maklumat terkini dan sahih antaranya melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Maklumat turut boleh diperolehi menerusi media sosial jabatan berkenaan atau menerusi aplikasi myCuaca.
“Semoga kita semua sentiasa dilindungi dari sebarang musibah yang boleh membawa kepada masalah kesihatan, harta benda dan mengancam nyawa,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








