JENAYAH & MAHKAMAH

Rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid didengar 18 Mac depan

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kes rasuah sistem visa luar negara (VLN) pada 18 Mac depan.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata, tarikh pendengaran yang ditetapkan November lalu dikekalkan.

Dua lagi anggota panel berkenaan adalah Datuk Azman Abdullah dan Datuk S M Komathy Suppiah.

Tarikh itu ditetapkan selepas pihak pendakwaan memberitahu mahkamah hari ini bahawa Pejabat Peguam Negara (AGC) belum memutuskan representasi ke atas rayuan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob, hari ini.

Abdul Malik memaklumkan mahkamah bahawa rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Ahmad Zahid akan didengar pada 18 Mac ini.

Ahmad Zahid, mengemukakan representasi pada Januari tahun lalu bagi pertimbangan AGC untuk tidak meneruskan rayuannya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button