BERITA SEMASA

Jerebu: Lima kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

KUCHING – Lima kawasan di Sarawak masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat pukul 8 pagi tadi, berbanding enam kawasan, petang semalam.

Menurut BERNAMA, berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan yang mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (153), diikuti Samarahan (156), Serian (170), Bintulu (156) dan Samalaju (151).

Semalam, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jerebu rentas sempadan dijangka menjejaskan 19 kawasan di Sarawak dalam tempoh beberapa hari akan datang, dengan corak angin semasa membawa asap daripada titik panas di wilayah jiran ke negeri ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata kawasan dikenal pasti ialah Betong, Bintulu, Daro, Julau, Kanowit, Kuching, Lundu, Marudi, Miri, Mukah, Pakan, Samarahan, Saratok, Serian, Sibu, Simunjan, Song, Sri Aman dan Tatau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button