Australia kuatkuasa pengharaman jualan vape
SYDNEY – Australia kelmarin mengumumkan penguatkuasaan larangan penjualan vape secara terbuka dan hanya boleh didapati di farmasi.
Larangan bagi kebanyakan perisa itu disifatkan sebagai tindakan paling keras yang pertama di dunia dan disambut baik oleh pakar kesihatan.
Melalui penguatkuasaan itu, produk vape perlu dijual dalam pembungkusan dan warna khusus selain tidak boleh diiklankan atau dihasilkan secara tempatan.
Bagaimanapun, pemerhati menjangkakan undang-undang yang membenarkan farmasi menjual produk vape tidak akan berjaya kerana kebanyakan syarikat tidak mahu bersekongkol menjual barang terlarang itu.
Penjualan kini hanya dihadkan kepada perisa tembakau, mentol dan pudina.
Turut diharamkan adalah perisa buble gum yang cukup popular ketika ini.
Serentak dengan pengumuman itu, Kementerian Kesihatan Australia mengisytiharkan vape sebagai ‘musuh kesihatan awam’ .
“Mana-mana kedai serbaneka atau kedai tembakau yang terus menjual vape akan berdepan denda sehingga RM8.4 juta (AS$1.8 juta) atau penjara sehingga tujuh tahun,” kata Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler.
Butler juga mengumumkan penubuhan jawatankuasa baru, Pesuruhjaya Tembakau dan Rokok Elektronik Haram yang akan mengawasi penjualan pasaran gelap dan bekalan produk nikotin seperti vape dan rokok.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








