JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki berang ditegur merokok dibebas dengan jaminan polis

SHAH ALAM – Polis sedang melengkapkan kertas siastan berhubung insiden seorang mekanik bengkel motosikal yang bergaduh setelah ditegur kerana merokok oleh pasangan suami isteri di sebuah restoran di Seksyen 7, di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kertas siasatan berkenaan akan diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya.

BACA JUGA:
Lelaki berang ditegur merokok dicekup

Menurutnya, suspek berusia 49 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas permohonan reman ditolak pagi tadi.

“Reman tidak dibenarkan dan tertuduh diberikan jaminan polis sementara kertas siasatan dilengkapkan untuk pertuduhan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil iaitu berkelakuan aib.

Difahamkan, lelaki itu baru pulang menunggang motosikal berkonvoi ke Thailand bersama rakannya dan bercuti di negara itu selama empat hari.

Suspek ditahan pukul 4.30 petang semalam di Persiaran Kayangan, Seksyen 9, di sini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button