JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan 14 bantu siasatan merusuh di kejiranan

SEPANG – Pihak polis menahan 14 individu bagi membantu siasatan kes rusuhan membabitkan kawasan kejiranan di Kampung Baru, Dengkil pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, insiden tersebut dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila kenderaan diparkir menghalang laluan.

Beliau menambah, kesemua individu berusia 16 hingga 40 tahun itu ditahan satu malam di lokap bagi melengkapkan siasatan dan dijangka dibebaskan hari ini dengan jaminan.

“Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148/506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya.

Kejadian pada pukul 10.15 malam Sabtu lalu itu dipercayai berlaku apabila seorang pemandu lori menegur jirannya yang juga ahli keluarga supaya mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan.

Mangsa berusia 44 tahun didakwa mengalami lebam di muka, badan dan luka di kepala selepas dibelasah dengan benda keras seperti topi keledar, batu bata dan batang mop.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button