‘Terima kasih jaga Tun M’ – Tiga doktor pegang amanah mewakili rakyat Malaysia
KUALA LUMPUR – Ketika rakyat Malaysia menumpukan perhatian terhadap pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, satu gambar menunjukkan tiga petugas kesihatan yang berada di sisi Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyentuh hati ramai.
Perkara itu dikongsi Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook.
Gambar itu memaparkan tiga petugas kesihatan daripada latar Melayu, India dan Cina yang dilihat setia berada dekat dengan bekas Perdana Menteri berkenaan, ketika kesihatannya menjadi perhatian rakyat.
“Nampak seperti satu kebetulan yang biasa. Tetapi dalam gambar ini, kebetulan itu terasa sangat besar maknanya.
“Seolah-olah tiga petugas kesihatan ini sedang mewakili seluruh rakyat Malaysia,” tulis PHM.
Menurut PHM, di saat seluruh Malaysia bimbang melihat keadaan Tun, merekalah antara insan yang berada paling dekat, memantau dan memastikan beliau terus mendapat rawatan terbaik.
“Malah perkara kecil seperti tangan yang sentiasa disanitasi demi menjaga hygiene dan mengurangkan risiko jangkitan pun menggambarkan betapa telitinya amanah ini dijaga.
“Terima kasih, frontline kita. Terima kasih kerana menjaga Tun dengan penuh amanah dan kasih seorang petugas kesihatan. Malaysia hargai kalian,” katanya.
Dalam kesedihan mengiringi pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah, penghargaan seperti itu turut mengingatkan bahawa di sebalik setiap insan yang menerima rawatan, sentiasa ada petugas kesihatan yang bekerja dalam diam, memastikan keselamatan dan kebajikan pesakit terus terbela.
Mereka mungkin tidak dikenali masyarakat, namun amanah yang dilakukan dengan penuh teliti itu menjadi sebahagian daripada wajah kemanusiaan Malaysia.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








