Doktor sahkan Dr Mahathir alami patah bahagian pinggul kanan
KUALA LUMPUR – Pakar perubatan mengesahkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengalami patah pada bahagian pinggul kanan selepas terjatuh di kediamannya pagi tadi.
Menurut Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff, sehubungan itu beliau akan dimasukkan dan menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
“Selepas penilaian perubatan, telah disahkan bahawa Tun mengalami patah pada bahagian pinggul kanan.
“Tun dijangka akan dimasukkan ke hospital untuk beberapa minggu akan datang bagi tujuan rawatan dan pemantauan,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.
Pagi tadi Dr Mahathir dikejarkan ke IJN selepas terjatuh di kediamannya pada pukul 7.30 pagi.
Beliau telah dikejarkan ke IJN menggunakan ambulans dalam keadaan sedar dan dimasukkan ke hospital sekitar jam 9.30 pagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








