BERITA SEMASA

Tun M saman Anwar RM150 juta

CYBERJAYA – Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memfailkan saman libel RM150 juta terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana membuat dakwaan beliau memperkayakan diri, keluarganya dan rasis, antara lain.

Bekas perdana menteri berusia 97 tahun itu menuntut ganti rugi am sebanyak RM50 juta, dan teladan sebanyak RM100 juta.

Tuntutan saman berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui firma guaman Tetuan Law Practice of Rafique pada 3 Mac lalu dengan menamakan Anwar sebagai defendan tunggal.

Dr. Mahathir mendakwa, kenyataan itu dibuat Anwar atas kapasitinya sebagai perdana menteri, oleh itu ia mempunyai kesan lebih teruk terhadapnya berbanding kenyataan sama yang dibuat rakyat biasa.

Katanya, dakwaan itu menjatuhkan imejnya sebagai negarawan dan bekas perdana menteri.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button