
PM mahu penjawat awam teruskan prestasi cemerlang
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu prestasi cemerlang penjawat awam diteruskan tahun hadapan dengan menerapkan nilai-nilai baik dalam pentadbiran serta tidak mengamalkan budaya selesa.
Anwar berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Disember di Dewan De’Seri Endon, di sini hari ini.
“Kalau kita ada nilai (baik) kita terapkan dalam Madani, saya yakin kita boleh angkat kerajaan dan hentikan kelemahan lampau.
“Kita bina daripada kekuatan itu dan kita tinggalkan berlebih-lebihan yang berlaku, mudah-mudahan kita tutup labuh tirai 2023 dengan semangat bersama dan membuka lembaran baru sejarah negara,” katanya.
Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali, dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Dr Zulkapli Mohamed.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








