PMX
Anwar, Azizah zahir takziah atas pemergian ibu Pengerusi SD Guthrie
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, menzahirkan ucapan takziah kepada Pengerusi SD Guthrie Berhad, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani atas pemergian ibunya, Allahyarhamah Nik Asiah Wan Daud, hari ini.
Perdana Menteri mendoakan agar seluruh keluarga Nik Norzrul Thani diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan insan tersayang itu.
Beliau turut mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah serta menempatkan roh Allahyarhamah dalam kalangan orang beriman.
“Mendoakan Allahyarhamah diampunkan segala dosa dan ruhnya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







