PM luang masa riadah santai di Copacabana
KUALA LUMPUR – Di sebalik jadual rasmi yang padat sempena lawatan kerja ke Brazil, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa beriadah santai bersama delegasi Malaysia di kawasan sekitar Copacabana, Rio De Janeiro.
Aktiviti riadah tersebut berlangsung dalam suasana santai berhampiran penginapan rasmi, sekali gus mencerminkan komitmen Perdana Menteri terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan kecergasan meskipun berada di luar negara.

“Sempat meluangkan masa bersama delegasi Malaysia beriadah santai di sekitar kawasan penginapan di Copacabana.
“Meskipun jadual padat, kesihatan dan kecergasan tetap menjadi keutamaan sepanjang tugasan di luar negara,” tulis Anwar di laman Facebooknya hari ini.
Perdana Menteri kini berada di Brazil bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








