BERITA SEMASAPMX

Bina kuil, aktiviti dakwah mesti ikut undang-undang – PM

PUTRAJAYA – Sebarang aktiviti keagamaan termasuk dakwah dan pembinaan kuil Hindu mesti mematuhi undang-undang negara, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap sempena perjumpaan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN), beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara hukum dan semua pihak tanpa mengira agama perlu menghormati peraturan yang ditetapkan demi keharmonian bersama.

Beliau berkata, dalam soal dakwah sekalipun, kebebasan yang diberikan tidak boleh sehingga mengganggu ketenteraman awam atau melanggar undang-undang.

“Apa-apa pun mesti ikut undang-undang. Kita ini negara hukum. Saya juga terlibat dengan kegiatan dakwah dahulu, tetapi kalau ada orang nak buat dakwah sehingga mengganggu lalu lintas, ikutlah peraturan.

“Sama juga macam kuil Hindu, sembahyanglah sebanyak mana pun, buatlah kuil di mana pun, tetapi ikut peraturan. Tidak boleh pacak kuil atau berhala di mana-mana tempat sehingga melanggar peraturan,” katanya.

Baca juga : Tiada toleransi rumah ibadat tidak sah, PBT diberi kuasa bertindak – PM

@malaysiatribune

Sebarang aktiviti keagamaan termasuk dakwah dan pembinaan kuil Hindu mesti mematuhi undang-undang negara, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. #malaysiatribune

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

Beliau turut mengimbau sejarah pembinaan surau yang pernah dirobohkan di Perak dan menegaskan perkara seumpama itu perlu diselesaikan dengan baik serta berhemah.

“Ada yang jawab surau di mana-mana sahaja. Saya tahu dalam sejarah kita, surau di Perak pernah dirobohkan. Hal ini perlu diselesaikan dengan baik. Kalau kita terus begini, negara tidak akan aman kerana tidak boleh tumpu kepada ekonomi negara,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru agar Ramadan dimanfaatkan sebagai ruang memperbaiki diri dan meningkatkan prestasi kerja, khususnya dalam aspek keselamatan dan tadbir urus.

“Gunakan Ramadan ini untuk kita kemaskan diri dan betulkan kelemahan kita, perbaiki prestasi. Jangan cakap jaga keselamatan dan keamanan hanya terletak kepada polis, itu tidak betul.

“Prestasi negara kita itu baik. Saya bimbang kalau ada usaha yang cemburu, tidak boleh terima kenyataan bahawa kita sedang meningkat baik,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa bangga terhadap pencapaian KDN sejak tiga tahun kebelakangan ini yang menurutnya memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan negara dari laut, pelabuhan, jalan raya hingga ke lapangan terbang.

“Saya sangat bangga dengan prestasi saudara di sini sejak tiga tahun kebelakangan ini. Saya tahu kerja dan pengorbanan yang dilakukan. Sentiasa ada dorongan untuk bawa perubahan, terima kenyataan bahawa reform itu satu kewajiban.

“Saya akui dan sangat bangga dengan prestasi KDN keseluruhannya,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button