BERITA SEMASAPMX

PM dijangka keluar hospital hari ini

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar dari hospital hari ini selepas menjalani rawatan.

Isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.

“PMX menitipkan salam dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau diberikan kesihatan dan kembali sihat,” katanya memetik laporan Bernama.

Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Semarak Merdeka Parlimen Bandar Tun Razak bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan 2026 di pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Bandar Tun Razak, di sini.

Terdahulu, Perdana Menteri selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif kelmarin bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia) dan berada dalam pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button