PM puji usaha damai NGO Islam, Hindu sebagai tanda kematangan rakyat
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik usaha perdamaian yang digerakkan badan bukan kerajaan (NGO) mewakili komuniti Islam dan Hindu yang disifatkan sebagai mencerminkan kematangan rakyat dalam memilih jalan harmoni.
Menurut beliau, pendekatan damai itu menunjukkan keupayaan masyarakat menolak perpecahan serta mengangkat nilai saling menghormati dalam kehidupan berbilang kaum di negara ini.
“Ini adalah ruh dan jiwa sebenar Malaysia, sebuah negara yang berdiri atas nilai ihsan, kebersamaan dan hormat antara kaum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar berkata, semangat kebersamaan tersebut perlu terus dipelihara dan diperkukuh sebagai asas kekuatan negara.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat, termasuk Polis Diraja Malaysia yang membantu menjayakan usaha berkenaan.
“Semoga ikhtiar ini terus menyatukan kita dan menjadi teladan dalam memperkukuh perpaduan nasional,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















