BERITA SEMASAKEMENTERIAN KOMUNIKASIPMX

PM arah acara rasmi kerajaan, badan berkanun, GLC dilaksana secara sederhana

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan semua acara rasmi, bengkel serta aktiviti berskala besar melibatkan kementerian, agensi kerajaan dan badan berkanun termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu dilaksanakan pada skala sederhana.

Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini susulan makluman serta perbincangan yang telah diadakan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) semalam.

“Perdana Menteri menegaskan supaya segala acara rasmi, bengkel dan aktiviti-aktiviti besar yang dilaksana oleh kementerian, agensi dan badan-badan berkanun, GLC/GLIC harus pada skala sederhana,” katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut beliau, dalam mesyuarat sama, Perdana Menteri turut memberi perhatian terhadap pelaksanaan program Kampung Angkat MADANI yang merupakan antara inisiatif penting di bawah Kerajaan Persekutuan.

“PM telah menegaskan bahawa usaha di bawah Kerajaan Persekutuan ini perlu diselaras dengan rapi supaya difahami ini adalah usaha di peringkat Persekutuan.

“Ia juga perlu diselaraskan terutama dengan ahli-ahli Parlimen daripada kalangan penyokong kerajaan atau pun backbenchers,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button