BERITA SEMASA

Tun Mahathir tetap bekerja pada hari lahir ke-100

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 hari ini tetap masuk ke pejabat untuk menjalankan tugas-tugas hariannya.

Perkara itu dimaklumkan pembantu beliau, Sufi Yusoff menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kumpulan Media Updates negarawan tersebut.

Back to work (kembali bekerja),” tulisnya disertakan dengan gambar Tun Mahathir duduk di ruang meja pejabat beliau.

Tun M
Gambar Tun Mahathir ketika masih muda dan bergelar doktor perubatan.

“Happy 100th birthday Negarawan Ulung. Semoga terus sihat, ceria dan membantu martabatkan anak bangsa. Amin,” komen Nad Khairani di dalam kumpulan WhatsApp tersebut.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan selamat hari lahir buat Tun Mahathir serta mendoakan kesejahteraan beliau.

BACA : PM ucap selamat ulang tahun ke-100 kepada Tun MahathirĀ 

Perdana Menteri ke empat dan ke tujuh negara yang dilahirkan pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah itu genap usia 100 tahun hari ini.

Tun Mahathir dikenali sebagai tokoh yang membawa perubahan besar kepada landskap politik dan pembangunan negara serta memainkan peranan penting dalam membentuk dasar-dasar ekonomi dan pemmbangunan Malaysia moden.

Beliau juga dikenang kerana ketegasan, daya fikir luar biasa serta pengaruhnya yang melangkaui sempadan politik dan generasi.

Selain dalam politik, Tun Mahathir juga aktif menulis dan sering menyuarakan pandangan mengenai isu-isu nasional dan antarabangsa, meskipun selepas bersara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button