BERITA SEMASA

Dr Mahathir terjatuh, dikejarkan ke IJN

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dengan ambulans pada pukul 9.30 pagi tadi selepas terjatuh di kediamannya.

Pembantu Dr Mahathir, Sufi Yusoff berkata, buat masa ini pihaknya masih belum mendapat makluman keadaan dan tahap kesihatan beliau.

“Saya dimaklumkan, beliau terjatuh ketika bergerak dari satu bahagian balkoni ke ruang tamu rumahnya pagi tadi.

“Buat masa ini saya tidak berada dalam kedudukan untuk menyatakan tahap keseriusannya sehingga saya menerima maklumat terkini daripada pasukan perubatan,” katanya kepada media melalui perbualan WhatsApp.

Dalam pada itu, Sufi berkata, beliau akan memaklumkan keadaan terkini Dr Mahathir sebaik menerima maklumat daripada pasukan perubatan IJN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button