BERITA SEMASA

Kerja itu ubat, bukan beban – Bekas KP Kesihatan

KUALA LUMPUR – “Kerja adalah ubat sementara bersara tanpa hala tuju boleh membawa kepada kemerosotan kesihatan dan kehilangan makna hidup.”

Demikian inti pati mesej yang dikongsikan oleh bekas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan reflektif merujuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meraikan ulang tahun ke-100 baru-baru ini.

Noor Hisham mengingatkan masyarakat mengenai sikap tidak aktif berpanjang boleh menyumbang kepada kemerosotan diri.

Menurutnya, ramai individu yang aktif dan bersemangat ketika bekerja mengalami kemerosotan kesihatan atau meninggal dunia lebih awal selepas bersara bukan kerana faktor usia semata-mata, tetapi akibat kehilangan tujuan hidup dan kurangnya rangsangan fizikal serta mental.

“Manusia seperti sungai yang mengalir dan bintang yang terus bergerak di langit, diciptakan untuk berusaha, berkarya dan menyumbang.

“Bersara tidak bermaksud berhenti sepenuhnya sebaliknya mengalihkan tenaga kepada usaha baharu yang tetap memberi makna,” ujarnya menerusi satu hantaran di Facebook semalam.

Noor Hisham menekankan bahawa tidak aktif secara berpanjangan menyumbang kepada kemerosotan diri.

Sebaliknya, keterlibatan berterusan sama ada melalui rasa ingin tahu, tanggungjawab atau khidmat masyarakat dapat menyuburkan semangat dan kesihatan jiwa.

Beliau turut menyeru agar setiap individu, termasuk warga emas, mengekalkan ‘ikigai’ iaitu rasa tujuan hidup ibarat lilin yang terus menyala atau pohon yang memberi teduhan kepada sekeliling.

“Pengajarannya jelas jangan berhenti bergerak. Tukar arah jika perlu, tetapi teruslah menyumbang.

“Kerana apabila kita berhenti, di situlah bermulanya kemerosotan, penyakit dan kematian awal,” tegasnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button