BERITA SEMASALUAR NEGARA

Wanita dirogol petugas ambulans ketika dalam perjalanan ke hospital

NEW DELHI – Seorang wanita berusia 26 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di dalam sebuah ambulans ketika sedang dalam perjalanan mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Bohd Gaya, Bihar, selepas pengsan ketika menyertai ujian pengambilan anggota homa guard.

Menurut polis, dalam kejadian pada 24 Julai lalu, mangsa yang dalam keadaan separa sedar mendakwa dicabul oleh beberapa petugas kesihatan ketika ambulans sedang bergerak.

Katanya, susulan laporan yang dibuat, polis menahan reman dua lelaki iaitu pemandu ambulans, Vinay Kumar dan juruteknik ambulans, Ajit Kumar untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Bandar Gaya, Ramanand Kaushal berkata, mangsa dalam aduannya mendakwa terdapat tiga hingga empat lelaki di dalam ambulans tersebut yang terlibat dalam serangan seksual tersebut.

“Siasatan masih dijalankan dengan bantuan rakaman CCTV dan laluan ambulans telah dikenal pasti sebagai sebahagian daripada bukti,” katanya.

Insiden itu mencetuskan kemarahan dan kebimbangan dalam kalangan rakyat mengenai tahap keselamatan dan keberkesanan pentadbiran negeri Bihar dalam menangani jenayah.

Mengulas lanjut, Menteri Persekutuan dan Presiden Lok Janshakti Party (Ramvilas), Chirag Paswan menyifatkan kejadian itu amat memalukan dan menunjukkan pentadbiran negeri seolah-olah tunduk kepada penjenayah.

“Keganasan demi keganasan terus berlaku tanpa penyelesaian tuntas di negeri ini sehingga ada pihak yang merasakan diri mereka kebal daripada tindakan undang-undang,” katanya.

Beliau turut menyatakan kebimbangan bahawa keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya tiada tindakan drastik diambil dan mendesak kerajaan supaya menegakkan penguatkuasaan dan undang-undang.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan wujud unsur sabotaj untuk menjatuhkan imej kerajaan menjelang pilihan raya namun menegaskan bahawa keselamatan rakyat tidak wajar dikompromi atas alasan politik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button