JENAYAH & MAHKAMAH

Buruh didakwa rogol anak tiri berusia 16 tahun di Kuala Krai

KOTA BHARU – Seorang buruh berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas lima pertuduhan merogol anak tiri bawah umur.

Tertuduh membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Zulkifli Abllah bagi kesalahan yang didakwa dilakukan antara Februari 2024 hingga Mac 2025, memetik daripada Sinar Harian.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga kelima, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuan berusia 16 tahun yang mana perhubungan tertuduh dengan mangsa adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang atau hukum agama.

Perbuatan didakwa dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di Kuala Krai di antara pukul 2 pagi hingga 3 pagi pada tarikh antara 25 Februari 2024 sehingga Mac 2025.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376B (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah juga dihukum sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syazalia Che Suhaimin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Syazalia tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh kerana kes itu serius yang membabitkan mangsa yang juga anak tiri.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button