Remaja dilapor hilang Jumaat ditemukan selamat di Bachok
KUALA KRAI – Misteri kehilangan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang lebih 32 jam sejak awal pagi Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila remaja berkenaan ditemukan selamat di Bachok, malam tadi.
Remaja dikenali sebagai Alisa Safika Noor Azmi itu dihantar oleh orang awam ke Balai Polis Tawang pada pukul 10.30 malam selepas mereka membaca laporan media berhubung kehilangannya.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat mengeluarkan kenyataan memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja terbabit.
Menurutnya, gadis berkenaan keluar dari rumah neneknya di Kampung Lata Rek, Laloh tanpa pengetahuan warga emas berusia 73 tahun itu, kira-kira pukul 2 pagi Jumaat lalu.
“Laporan polis mengenai kehilangan remaja tersebut telah dibuat di Balai Polis Laloh pada hari yang sama,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








