JENAYAH & MAHKAMAH

Didakwa edar MDMA, suami isteri berdepan hukuman mati

IPOH – Sepasang suami isteri berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, hari ini, atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), minggu lalu.

Teoh Wai Loon, 44, dan isterinya, Lim Suk Pei, 38, didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya itu kira-kira jam 10.30 malam pada 4 Ogos lalu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki dan mengedar MDMA seberat 480.60 gram di sebuah bilik dalam sebuah premis di Bercham Bistari 4, Medan Bercham Bistari, di sini.

Pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira di hadapan Majistret S Punitha.

Kes tersebut didakwa dilakukan di daerah Kinta, Perak, mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika disabitkan kesalahan, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, mereka hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali.

Pertuduhan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira di hadapan Majistret S Punitha.

Mahkamah menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes serta penyerahan laporan kimia.

Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button