12 mayat ditemukan di pinggir hutan, mangsa geng dadah
GUATEMALA CITY – Pihak berkuasa negara ini mengesahkan penemuan sekurang-kurangnya 12 mayat dalam tempoh tiga hari di kawasan hutan di pinggir bandar dipercayai berkait rapat dengan keganasan kumpulan penjenayah terancang.
Menurut jabatan bomba dan laporan media tempatan, lokasi penemuan dikenal pasti sebagai kawasan yang sering digunakan penjenayah untuk membuang mayat mangsa.
Kelmarin, polis dengan bantuan anjing pengesan menemui enam lagi cebisan tubuh manusia selain beberapa mayat yang dibalut menggunakan cadar serta beg plastik.
Kementerian Dalam Negeri Guatemala dalam kenyataan kepada wartawan memaklumkan, siri pembunuhan itu berkemungkinan berpunca daripada pertembungan antara geng dadah yang berebut kawalan kawasan.
Guatemala sejak sekian lama bergelut dengan keganasan jenayah, khususnya melibatkan geng Barrio 18 dan Mara Salvatrucha (MS-13), yang kedua-duanya disenaraikan sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan tempatan dan Amerika Syarikat.

Pihak berkuasa turut mendedahkan hampir separuh daripada kes keganasan di negara itu dilakukan oleh pengedar dadah dan ahli geng yang terlibat dalam kegiatan pemerasan terhadap pemilik perniagaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








