JENAYAH & MAHKAMAH

Remaja 14 tahun dilapor hilang, polis giat kesan Muhammad Amirul Iman

SUNGAI BULOH – Polis sedang giat mengesan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah keluarganya di FELDA Bukit Cherakah, di sini sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Muhammad Amirul Iman Juzaimi daripada abang mangsa pada pukul 5.17 petang semalam.

Menurut beliau, remaja terbabit berketinggian kira-kira 155 sentimeter, seberat 70 kilogram, berkulit coklat gelap dan berambut botak.

“Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju berwarna gelap serta seluar panjang hitam.

“Lokasi terakhir remaja itu dipercayai berada di Jalan 11, FELDA Bukit Cherakah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Muhammad Amirul diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Sarjan Norsamsila Daud di talian 017-8701889 bagi membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button