Banduan warga Pakistan lolos Penjara Sungai Buloh akhirnya diberkas
GOMBAK – Selepas lebih seminggu diburu, seorang banduan warga Pakistan yang melarikan diri dari Penjara Sungai Buloh pada 9 April lalu akhirnya ditahan semula dalam satu operasi di Jalan Batu 14, Jalan Gombak Lama, petang semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, suspek diberkas kira-kira pukul 5 petang hasil kerjasama pelbagai pihak.
“Polis Selangor merakamkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang membantu sehingga banduan itu berjaya ditangkap bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menjejak dan menahan semula banduan berkenaan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terjamin.
Sebelum ini, media melaporkan polis sedang giat memburu tahanan reman terbabit yang meloloskan diri dari penjara.
Difahamkan, lelaki itu berdepan beberapa pertuduhan termasuk di bawah Seksyen 377C dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan selain kesalahan berkaitan imigresen.
Orang ramai turut dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada berikutan suspek dikaitkan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















