Ramanan salur RM100,000 melalui Projek Mesra Rakyat naik taraf sekolah di Sungai Buloh
SUNGAI BULOH – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R Ramanan, memperuntukkan sebanyak RM100,000 melalui Projek Mesra Rakyat (PMR) bagi menaik taraf fasiliti dua sekolah menengah di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, inisiatif tersebut membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sierramas dan SMK Seksyen 4 Kota Damansara, masing-masing menerima RM50,000.
Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk kerja-kerja pembinaan laluan berbumbung, bilik darjah baharu, baik pulih kantin dan kemudahan asas lain yang memerlukan penyelenggaraan segera.
“Kita mahu anak-anak Sungai Buloh mendapat akses kepada pendidikan terbaik. Sekolah mereka juga perlu lengkap dengan kemudahan yang mesra pembelajaran dan selamat. Ini adalah pelaburan untuk masa depan negara,” katanya ketika merasmikan program di kedua-dua sekolah itu hari ini.
Baca juga : Henti kaitkan agama, kaum dalam semua isu – R. Ramanan
Pada majlis sama, beliau turut mengumumkan lebih 10 pelajar cemerlang SPM 2024 dari kedua-dua sekolah akan menerima Insentif Khas Pendidikan daripada Yayasan Bank Rakyat minggu depan sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik mereka.
Dalam pada itu, sebagai tanda sokongan moral, Ramanan turut menyumbang RM6,000 secara peribadi kepada penerima Anugerah Kecemerlangan SPM dari SMK Seksyen 4 Kota Damansara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








