BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis siasat dakwaan cubaan culik murid tahun enam di Melaka

MELAKA – Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan cubaan culik membabitkan seorang murid lelaki tahun enam sebuah sekolah rendah di Bukit Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laporan itu dibuat mangsa berusia 12 tahun pada 15 Ogos lalu.

Menurutnya, berdasarkan aduan, kejadian didakwa berlaku pukul 5 petang ketika mangsa berbasikal seorang diri dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai runcit.

“Setakat ini polis masih menyiasat kesahihan perkara ini. Justeru, saya menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dalam masyarakat.

“Pada masa sama, masyarakat perlu sentiasa menjaga keselamatan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau mengulas mengenai laporan tular di media sosial yang didakwa dikeluarkan sebuah sekolah di sini, kononnya seorang murid cuba diculik lelaki bertopeng menaiki van putih.

Menurut kenyataan tular itu, murid terbabit didakwa berjaya meloloskan diri sebelum memaklumkan kejadian kepada ibu bapa dan seterusnya membuat laporan polis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button