JENAYAH & MAHKAMAH

Kilang pemasangan motosikal elektrik musnah dalam kebakaran

SUNGAI BULOH – Sebuah kilang pemasangan motosikal elektrik di Jalan Industri 4 di sini mengalami kerosakan teruk apabila kira-kira 80 peratus daripada premis itu musnah dalam kebakaran petang semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.49 petang.

Menurut beliau, jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh tiba di lokasi kira-kira 16 minit selepas panggilan diterima.

“Kebakaran melibatkan sebuah kilang berkeluasan kira-kira 100 x 300 kaki persegi yang terbakar hampir keseluruhannya.

“Operasi pemadaman sedang dijalankan oleh anggota bomba dengan bantuan beberapa balai termasuk BBP Bukit Jelutong, Damansara, Selayang dan TTDI,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, setakat ini tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden berkenaan.

Tambahnya, seramai 28 anggota bomba bersama beberapa aset termasuk jentera FRT, lori tangki air, EMRS serta kenderaan sokongan dikerahkan ke lokasi bagi mengawal dan memadam kebakaran.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button