JENAYAH & MAHKAMAH

Kebakaran tiga buah rumah di Banting akibat litar pintas

KUALA LANGAT – Kebakaran memusnahkan tiga buah rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting yang mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki, di sini awal pagi tadi berpunca daripada litar pintas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pemeriksaan awal mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas di salah sebuah rumah terbabit.

“Polis mengesahkan kejadian itu membabitkan deretan rumah sewa dan berlaku sekitar pukul 2.50 pagi,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Kanak kanak rentung
Anggota bomba memadamkan kebakaran tiga buah rumah di Kampung Seri Cheeding, Banting dalam kejadian awal pagi tadi yang mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun. – Foto JBPM Selangor

Menurut beliau, pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada pukul 5 pagi sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan oleh pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, yang kemudian menemui mayat mangsa.

BACA JUGA:

Kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran tiga buah rumah

“Kanak-kanak itu dipercayai anak kepada penyewa rumah berkenaan. Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan mangsa berusia tiga tahun ditemukan rentung dalam kebakaran berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, seramai 17 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Banting dan KLIA dikejarkan ke lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button