JENAYAH & MAHKAMAH

Kanak-kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran tiga buah rumah

KUALA LANGAT – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemukan rentung dalam kebakaran tiga buah rumah di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting, di sini awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian tersebut pada pukul 2.44 pagi.

Menurutnya, sepasukan 17 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang, Banting dan KLIA dikejarkan ke lokasi.

“Maklumat awal yang diterima menyatakan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun terperangkap dalam rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, kebakaran tersebut berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3.30 pagi.

“Kira-kira satu jam kemudian iaitu pada pukul 4.15 pagi, kami menemukan mangsa di bilik utama dalam keadaan rentung,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button