PADANG TERAP – Dua kanak-kanak berusia tujuh dan empat tahun cedera angkara bermain mercun di Kampung Baru, Kuala Nerang, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Supt Abdull Razak Osman berkata, dua beradik itu sedang dirawat di Zon Merah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, dengan salah seorang daripadanya dilaporkan parah.
Beliau memberitahu, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.15 malam dan pihak polis menerima laporan berkenaan insiden itu awal pagi tadi selepas menerima laporan dari pihak hospital.
“Semasa kejadian, kedua ibu bapa kanak-kanak dikatakan tidak menyedari kegiatan anak mereka yang bermain mercun di luar rumah, yang mana mercun dipercayai jenis bola tersebut dikatakan diperoleh dari rakan sekampung.
“Ibu mereka hanya menyedari kejadian setelah terdengar bunyi letupan di luar rumah, sebelum bergegas keluar dan mendapati kedua-dua anaknya telah cedera.
“Sementara ayah mereka pula tiada di rumah semasa kejadian berlaku.
“Kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan melecur di beberapa bahagian badan dan salah seorang daripadanya yang berusia tujuh tahun dilaporkan parah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment