JENAYAH & MAHKAMAH

Seorang lelaki cedera parah ditembak di stesen minyak

KLANG – Polis sedang menyiasat satu kejadian tembakan yang dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca dan individu yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Kes masih dalam siasatan dan butiran lanjut akan dimaklumkan selepas siasatan selesai,” memetik BuletinTv3.

Beberapa klip video kejadian itu tular di media sosial sejak malam tadi, memaparkan seorang lelaki terbaring berlumuran darah di lokasi kejadian.

Turut kelihatan dalam rakaman tersebut ialah beberapa anggota polis yang berada di tempat kejadian bagi mengawal keadaan serta pasukan perubatan yang membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

Pihak polis meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu sehingga siasatan selesai dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button