BERITA SEMASA

Remaja perempuan 14 tahun hilang dari rumah

PUCHONG – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Taman Puchong Prima, di sini pada 25 September lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan mengenai kehilangan Nur Athilah Mohd Zulkefli dibuat ahli keluarganya kira-kira pukul 10.20 pagi semalam.

Menurutnya, remaja berkenaan kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di Pangsapuri Cempaka, Taman Puchong Prima, kira-kira pukul 9.30 malam pada tarikh berkenaan.

“Ketika keluar dari rumah, orang hilang (OH) memakai baju-T berwarna biru dan seluar trek hitam. OH mempunyai ketinggian 153 sentimeter, berat 52 kilogram, berkulit sawo matang, berambut hitam pendek serta bermata hitam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat remaja berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-7862 7100 atau Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Fikri Md Said di talian 012-666 5946.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button