Suami Pamela Ling ditahan, polis siasat kehilangan Isteri
KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur menahan seorang ahli perniagaan dari Sarawak, Hah Tiing Siu yang juga suami kepada wanita hilang, Pamela Ling, pagi tadi di ibu negara.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Isa, tangkapan terhadap Tiing Siu yang turut dikenali sebagai Thomas Hah dibuat bagi membantu siasatan.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kes itu.
Permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman terhadap Tiing Siu telah ditolak oleh mahkamah.

Pamela Ling, 42, dilaporkan hilang sejak 9 April lalu ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan perkhidmatan e-panggilan.
Dia dijadualkan memberikan keterangan berhubung siasatan SPRM.
Difahamkan, siasatan SPRM terhadap pasangan itu telah dibuka sejak Mei tahun lalu melibatkan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram.
Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan siasatan turut merangkumi kemungkinan penglibatan Tiing Siu dalam kehilangan isterinya.
Pada 4 Mei, bapa mangsa, Ling Kie Yii, 65, memberitahu media bahawa keluarga masih belum menerima sebarang panggilan atau tuntutan wang tebusan sejak kehilangan Pamela.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








