Empat termasuk seorang Datuk Seri direman empat hari disyaki kemuka tuntutan palsu RM360 juta
PUTRAJAYA – Empat individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri direman empat hari kerana disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu berjumlah RM360 juta.
Keempat-empat suspek tiba di pekarangan Istana Kehakiman pada pukul 9.40 pagi dengan memakai baju lokap berwarna oren dan menaiki kenderaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Media semalam melaporkan suspek yang terdiri tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 50-an dan 70-an itu ditahan antara pukul 4 hingga 6 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya semalam.
Suspek dipercayai mengemukakan tuntutan palsu sekitar tahun 2016 hingga 2017 membabitkan dana sukuk untuk sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.30 bilion.
Difahamkan, tuntutan berkenaan dikemukakan bagi mendapatkan pembayaran tidak sah berkaitan projek infrastruktur terbabit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







