JENAYAH & MAHKAMAH

Anggota penguat kuasa ditahan disyaki terima rasuah lindungi pekerja asing

GEORGE TOWN – Seorang anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM11,000 sebagai balasan melindungi pekerja asing daripada tindakan undang-undang.

Suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri di sini.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara November 2024 hingga April 2025.

“Suspek disyaki menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak tujuh kali melalui transaksi pemindahan wang ke dalam akaun Touch ‘n Go miliknya,” memetik Buletin TV3 online.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pulau Pinang, Mustafa Kamal Ahmad mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang melibatkan kesalahan menerima rasuah.
Kes kini masih dalam siasatan lanjut oleh pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button