BERITA SEMASAPMX

Kerajaan terus perkasa masyarakat India, tangani isu kemiskinan – Anwar

KUALA LUMPUR – Masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan, sebaliknya Kerajaan MADANI akan terus memperluas akses pembiayaan kepada usahawan serta memperkukuh pelbagai inisiatif bagi meningkatkan taraf hidup komuniti itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, segala kelompongan yang masih wujud termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan mesti ditangani dengan segera dan berkesan.

“Saya tegaskan bahawa masyarakat India tidak akan sesekali dipinggirkan dan Kerajaan MADANI akan terus memperluas akses pembiayaan kepada usahawan, memperkukuh MITRA, memperkasa latihan keusahawanan dan TVET serta membuka lebih banyak ruang pembangunan belia melalui program mentor-mentee.

“Dalam masa yang sama, segala kelompongan yang masih wujud, termasuk berkaitan kemiskinan, kewarganegaraan dan akses kepada bantuan, mesti ditangani dengan segera dan berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata demikian selepas meneruskan siri libat urus bersama pimpinan masyarakat India bagi meneliti kemajuan pelaksanaan agenda Kerajaan MADANI, selain mendengar pandangan serta keresahan yang masih membelenggu komuniti berkenaan.

Menurut Anwar, pelbagai ikhtiar telah digerakkan dalam bidang pendidikan, keusahawanan, pembiayaan mikro, kebajikan dan bantuan tunai bagi meringankan beban keluarga serta meningkatkan taraf hidup.

Katanya, kementerian dan agensi berkaitan perlu memperkukuh sinergi serta memperkemas penyampaian supaya setiap peruntukan dan dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada sasaran.

“Kementerian dan agensi berkaitan perlu memperkukuh sinergi dan memperkemas penyampaian supaya setiap peruntukan serta dasar yang digerakkan benar-benar sampai kepada sasaran dan membawa perubahan yang nyata dalam kehidupan rakyat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button