BERITA SEMASA

PM tiba di Afrika Selatan, hadiri Sidang Kemuncak G20

JOHANNESBURG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Afrika Selatan hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak G20 atas jemputan Presiden Matamela Cyril Ramaphosa.

Menurut Anwar, undangan itu menggambarkan komitmen Afrika Selatan untuk terus memperkukuh hubungan dua hala dengan Malaysia, berteraskan persahabatan, rasa saling menghormati dan aspirasi bersama sebagai Negara-Negara Selatan (Global South).

“Insya-Allah, penyertaan dalam Sidang Kemuncak G20 kali ini membuka ruang penting untuk saya berkongsi aspirasi serta pencapaian selaku Pengerusi ASEAN 2025, selain mengemukakan suara Malaysia dalam isu mendesak yang memberi kesan kepada rantau dan dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pangkalan Udara Waterkloof, Johannesburg, memulakan lawatan rasmi ke Republik Afrik Selatan. Kredit gambar FATH RIZAL/Pejabat Perdana Menteri.

Dalam pada itu, beliau turut menaruh keyakinan bahawa kehadiran Malaysia di Johannesburg bukan sekadar menghadiri persidangan, sebaliknya cerminan tekad untuk memperkukuh solidariti Global South.

Di samping itu katanya, kunjungan itu juga merupakan peluang untuk meneroka kerjasama yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang strategik demi manfaat bersama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button