Kerajaan belum terima maklumat rasmi keberadaan Jho Low – PM Anwar
BAYAN LEPAS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai keberadaan Low Taek Jho atau Jho Low.
“Saya tak dapat maklumat, kita (Malaysia) belum dapat apa-apa maklumat (mengenai perkara itu).
“Saya dah baca (laporan mengenai keberadaan Jho Low) dan saya akan semak dengan Menteri Dalam Negeri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks Madani Teluk Kumbar, di sini hari ini.
Terdahulu, dua wartawan penyiasatan, Bradley Hope dan Tom Wright, mendedahkan Jho Low kini dipercayai menetap di kawasan eksklusif Green Hills, Shanghai, serta menggunakan identiti palsu.
Laporan itu didedahkan menerusi siaran langsung Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright yang disiarkan di Youtube, malam semalam.
Pendedahan tersebut turut mendakwa Jho Low kini berperanan sebagai penasihat strategik kepada beberapa syarikat China.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








