Jho Low didakwa bersembunyi di China, guna identiti palsu
CYBERJAYA – Individu dikehendaki berkaitan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai bersembunyi di China menggunakan identiti palsu.
Pendedahan itu dibuat dua wartawan penyiasatan, Bradley Hope dan Tom Wright menerusi siaran langsung khas ‘Finding Jho Low: Live with Bradley Hope & Tom Wright’ yang disiarkan menerusi YouTube, malam tadi.
Dalam pendedahan itu, Jho Low dilaporkan menetap di kawasan eksklusif Green Hills dan menjalani kehidupan mewah.
Mereka mendakwa bahawa, Low menggunakan nama samaran Constantinos Achilles Veis dan memiliki pasport Australia palsu yang membolehkannya bergerak di dalam China sambil menyembunyikan identitinya.
“Jho Low kini merupakan seorang perancang strategi di belakang tabir untuk kerajaan China,” dakwa Hope dalam siaran itu.
Mereka turut mendakwa, tanggungjawab Low termasuk “membantu syarikat China yang dikenakan sekatan untuk mengharungi pelbagai kesukaran di seluruh dunia.”
Low merupakan individu yang didakwa sebagai dalang utama di sebalik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), di mana sekurang-kurangnya AS$4.5 bilion (anggaran RM19 bilion) diseleweng daripada dana milik Malaysia itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








