LUAR NEGARA

Sembilan maut pesawat peribadi terhempas di Florida

FLORIDA – Sembilan individu dipercayai maut selepas sebuah pesawat peribadi jenis Learjet 60 terhempas di kawasan perumahan di Palm Beach County, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.

Pesawat yang dalam penerbangan menuju Bahamas itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Austin-Bergstrom, Texas sebelum terhempas pada pukul 12.50 tengah hari waktu tempatan.

Sebuah kawah besar terbentuk kesan daripada letupan pesawat Learjet 60 yang terhempas di Palm Beach County, Florida.

Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy berkata, kesemua sembilan individu yang berada di dalam pesawat berkenaan disahkan maut dalam kejadian itu.

Menurutnya, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menghantar pasukan bagi membantu Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) menjalankan siasatan berhubung punca nahas.

Gabenor Florida, Ron DeSantis berkata, pesawat itu terhempas berhampiran jalan raya sehingga menghasilkan kawah besar dan menyebabkan serpihan bertaburan di kawasan kejadian.

Bagaimanapun, setakat ini tiada laporan awal mengenai penduduk di kawasan berkenaan yang maut atau cedera akibat nahas tersebut.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian, manakala identiti kesemua mangsa belum didedahkan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button