BERITA SEMASA

ADUN Mata Ayer meninggal dunia di HTF

KANGAR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad, 50, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, pada pukul 4.26 petang tadi.

Pemergian wakil rakyat PAS itu disahkan Ketua Penerangan PAS Perlis, Mohamad Zahid Ibrahim menerusi satu makluman hari ini.

Beliau turut mengajak orang ramai mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Marilah kita sama-sama mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham,” katanya.

Wan Badariah yang berasal dari Padang Siding, Arau mencipta sejarah apabila menjadi calon wanita pertama diketengahkan PAS Perlis pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada November 2022.

Beliau yang juga seorang peguam memenangi kerusi DUN Mata Ayer atas tiket Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 2,021 undi selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, punca kematian serta urusan pengebumian Allahyarhamah masih belum dimaklumkan setakat ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button