‘Kita boleh usahakan lawan jadi kawan’ – Akmal Saleh
CYBERJAYA – Hantaran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh di media sosial hari ini memberi isyarat bahawa kedudukan seteru boleh berubah menjadi sahabat sekiranya wujud sebarang usaha ke arah itu.
“Kawan makan kawan. Kawan jadi lawan. Tetapi insya-Allah kita boleh usahakan lawan jadi kawan Fadhli Shaari (Ahmad Fadhli),” kata hantaran tersebut yang turut di ‘tag’ dengan profil Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari.
Hantaran tersebut dipercayai sebagai respons terhadap kenyataan Ahmad Fadhli yang memuat naik hantaran berbaur sindiran mengenai ‘kawan makan kawan’.
Hantaran itu dimuat naik tidak lama selepas Menteri Besar Perlis yang baharu, Abu Bakar Hamzah daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengangkat sumpah di Istana Arau, Perlis hari ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








