Turun naik CFD wujudkan peluang dagangan lebih luas
KUALA LUMPUR – Turun naik kontrak perbezaan (CFD) dalam indeks US100 dan S&P 500 berpotensi mewujudkan peluang dagangan lebih luas merentasi pasaran kewangan, menurut broker CFD berbilang aset JustMarkets.
JustMarkets dalam pandangan pasaran yang dikeluarkan hari ini berkata, pergerakan ketara dalam ekuiti Amerika Syarikat (AS) sering memberi kesan kepada pasaran forex, harga emas dan sentimen pasaran secara keseluruhan.
Menurutnya, US100 lazimnya dipengaruhi sentimen terhadap sektor teknologi dan saham pertumbuhan, manakala S&P 500 memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai prestasi pasaran ekuiti AS. Volatiliti ketara dalam kedua-dua indeks itu boleh mendorong pedagang menilai semula tahap risiko mereka.
JustMarkets turut menekankan kepentingan VIX, yang sering dikenali sebagai “meter ketakutan” pasaran kerana mengukur jangkaan volatiliti dalam S&P 500.
“Peningkatan VIX biasanya mencerminkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan pasaran, manakala penurunan indeks itu lazimnya menunjukkan keyakinan pelabur yang lebih kukuh.
“Dalam keadaan pasaran berisiko, pelabur cenderung mencari aset selamat seperti dolar AS, yen Jepun dan emas. Namun, kesan turun naik pasaran saham terhadap mata wang bergantung kepada punca yang mencetuskan pergerakan tersebut,” katamya dalam kenyataan tersebut.
JustMarkets kemudiannya berkata, kejatuhan saham akibat sentimen mengelak risiko boleh mengukuhkan dolar AS apabila modal beralih kepada kecairan, sekali gus memberi tekanan kepada pasangan mata wang seperti EUR/USD dan GBP/USD.
Sebaliknya, jangkaan pertumbuhan ekonomi AS yang lebih perlahan atau dasar monetari Rizab Persekutuan yang lebih longgar boleh menyebabkan dolar AS melemah.
Emas pula lazimnya mendapat sokongan ketika ketidaktentuan meningkat, namun pergerakannya turut dipengaruhi faktor lain termasuk dolar AS, kadar faedah, jangkaan inflasi dan dasar bank pusat. Oleh itu, analisis teknikal dan faktor makroekonomi perlu dipertimbangkan secara bersama.
Dalam menguruskan volatiliti, JustMarkets berkata pedagang perlu mengambil kira risiko lebih tinggi ketika pengumuman data penting seperti angka inflasi, mesyuarat Rizab Persekutuan, laporan pendapatan suku tahunan dan perkembangan geopolitik, yang boleh menyebabkan spread melebar, volatiliti meningkat serta berlakunya “false breakout”.
Pedagang profesional, katanya, lazimnya menguruskan risiko melalui saiz posisi yang bersesuaian, penetapan “stop-loss” dan pengesahan setup sebelum memasuki dagangan. Pemantauan hubungan antara US100 dan S&P 500 dengan VIX, dolar AS, yen serta emas juga dapat memberikan gambaran lebih menyeluruh mengenai keadaan pasaran.
Penafian: Hanya untuk maklumat sahaja. Dagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang besar dan mungkin hanya sesuai untuk pelabur tertentu sahaja. Pastikan anda benar-benar memahami risiko yang terlibat dan berdagang secara bertanggungjawab.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








