BERITA SEMASA

Johari Abdul Ghani ketuai Pasukan Khas UMNO teliti RUU PSB

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dilantik mengetuai Pasukan Khas UMNO bagi penambahbaikan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukan khas itu akan meneliti dan memperhalusi setiap aspek RUU PSB secara menyeluruh sebelum dibentangkan pada Konvensyen Melayu Bandar hujung September ini.

“Konvensyen Melayu Bandar bakal menghimpunkan kepimpinan tertinggi UMNO dari seluruh negeri dan bahagian, parti-parti politik Melayu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik serta masyarakat sivil.

“Resolusi konvensyen ini kemudiannya akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan semalam.

Perdana Menteri sebelum ini menegaskan RUU PSB penting untuk dilaksanakan bagi memberi ruang kepada projek pembinaan semula kediaman lebih selesa demi kesejahteraan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button