BERITA SEMASAPOLITIK

Akmal tempelak PKR terima Tengku Zafrul walau sudah diberi amaran

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menempelak tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima keahlian bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz walaupun amaran telah diberikan lebih awal.

Beliau berkata, UMNO sejak awal lagi menegaskan pendirian bahawa keahlian Tengku Zafrul tidak sepatutnya diterima mana-mana parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi mengelakkan ketidakharmonian.

“Terima kasih PKR kerana memberi kami akar umbi UMNO, erti sebenar Kerajaan Perpaduan ini. Amaran sudah diberi tetapi tetap juga dilakukan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Akmal turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Tengku Zafrul namun secara sinis mempersoalkan penerimaan akar umbi PKR terhadap bekas Menteri Kewangan itu.

“Good luck Tengku Zafrul, moga akar umbi PKR boleh menerima kamu. Kita jumpa nanti di pilihan raya,” ujarnya.

Semalam, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri mengesahkan permohonannya untuk menyertai PKR telah diterima dua minggu lalu.

Beliau kini ahli PKR Cabang Ampang.

Pada 30 Mei lalu, beliau mengumumkan peletakan jawatan dalam UMNO dan menyatakan hasrat menyertai PKR.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button