BERITA SEMASA

Ziarah Kasih MADANI santuni 5 keluarga di Taiping

TAIPING – Program Jelajah Ziarah Kasih MADANI meneruskan jelajah ke Parlimen Taiping hari ini dengan menyantuni lima keluarga bagi membantu meringankan beban mereka.

Ziarah Kasih MADANI santuni 5 keluarga di Taiping
Ziarah Kasih MADANI santuni 5 keluarga di Taiping

Timbalan Ketua Wanita PKR Perak, Wasanthee Sinnasamy berkata, selain menyampaikan sumbangan, program itu juga menjadi jambatan menghubungkan pemimpin dengan masyarakat.

“Untuk program jelajah kali ini saya
bersama pimpinan PKR Cabang Taiping menziarahi lima buah rumah penduduk yang memerlukan bantuan di sekitar kawasan berkenaan.

“Turut serta dalam program ini ialah Timbalan Ketua Cabang, Sharimah Samad; Naib Ketua Cabang, Jayaseelan; Ketua Wanita, Sarojah; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Izzaz Afzal dan barisan jawatankuasa,” katanya kepada Malaysia Tribune.

Dalam pada itu Izzaz berkata, program berkenaan membuktikan komitmen PKR untuk mendekati rakyat dan menzahirkan semangat kebersamaan dengan masyarakat setempat.Ziarah Kasih MADANI santuni 5 keluarga di Taiping

“Jelajah Ziarah MADANI adalah bukti keprihatinan pemimpin dan jentera parti terhadap nasib rakyat. Ia juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dengan masyarakat dan memastikan tiada pihak terpinggir, terutama mereka yang berdepan kesusahan hidup,” katanya.

Dalam siri ziarah itu, sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, susu, roti serta barangan dapur lain turut disalurkan kepada penerima yang dikenal pasti.Ziarah Kasih MADANI santuni 5 keluarga di Taiping

Sementara itu, seorang penerima bantuan, S. Rajamani, 62, menzahirkan rasa syukur apabila menerima kunjungan tersebut yang disifatkan memberi semangat baharu kepadanya.

“Saya terharu kerana dalam kesibukan tugas pun mereka sanggup datang melawat. Kehadiran ini membuatkan saya rasa dihargai dan tidak keseorangan menghadapi kesusahan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button