POLITIK

Saifuddin Nasution, Dr Zaliha dilantik Naib Presiden PKR

BATU PAHAT – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa hari ini diumumkan sebagai Naib Presiden PKR yang baharu.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu diputuskan Biro Politik PKR yang bermesyuarat di Batu Pahat, hari ini.

“Ia (pelantikan itu) bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat,” katanya dalam kenyataan tersebut, hari ini.

Fahmi seterusnya menambah, Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR turut memutuskan bahawa Kongres Tahunan Keadilan yang pada awalnya dijadualkan 26 hingga 28 Jun ini, ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos depan dengan lokasinya dikekalkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

“Kongres Tahunan Keadilan yang pada awalnya dijadualkan pada 26 hingga 28 Jun telah ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos 2026.

“Lokasinya dikekalkan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka,” katanya lagi.

Beliau menambah, penangguhan itu dibuat bagi memberi ruang khususnya kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiap siagaan dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button