POLITIK

Rafizi luah hasrat letak jawatan?

CYBERJAYA – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli difahamkan meluahkan hasrat untuk meletak jawatan dalam satu mesyuarat, bulan lepas.

Memetik laporan portal Malaysia Gazette dengan sumber daripada Sinchew Daily, hasrat itu diluahkan dihadapan penyokongnya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), 23 April lalu.

Menurut seorang penyokong setianya, Mohd. Rafizi mahu meletak jawatan kerana kerana tidak berpuas hati dengan sistem pemilihan parti yang dianggap tidak adil.

Oleh kerana itu, menurut satu sumber lain, Mohd Rafizi mencadangkan kepada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya satu audit dilaksanakan oleh sebuah syarikat luar negara, ke atas keputusan pemilihan itu.

Kata sumber itu lagi, langkah Mohd Rafizi seterusnya bergantung kepada keputusan audit tersebut.

Bagaimanapun, sumber itu menafikan khabar angin Mohd. Rafizi telah mengosongkan pejabatnya.

Sebelum ini, wujud banyak suara tidak berpuas hati yang berterusan mengenai sistem pemilihan sedia ada.

Berikutan itu, beberapa Cabang PKR telah mengadakan pemilihan semula yang menyaksikan perubahan keputusan pada tiga jawatan ketua cabang, iaitu Selayang di Selangor, Jempol di Negeri Sembilan, dan Pasir Salak di Perak.

Tarikh pencalonan untuk MPP PKR juga telah dijadualkan semula dari 3 dan 4 Mei kepada 8 dan 9 Mei.

Anwar yang juga Perdana Menteri sebelum ini dipetik sebagai berkata, Mohd Rafizi telah memohon cuti selama sebulan sehingga 31 Mei.

Jelas beliau, tiada isu berbangkit berhubung status Mohd. Rafizi yang sedang bercuti panjang.

Anwar sebaliknya menyifatkan permohonan cuti sebagai perkara biasa bagi seorang pekerja dan beliau juga sedang mencari masa yang sesuai untuk bercuti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button